Friday, 2 December 2011

MENUKAR AYAT MUDAH MENJADI AYAT MAJMUK

MENUKARKAN AYAT MUDAH SUPAYA MENJADI AYAT MAJMUK :


Syarat penukaran:


1. Jangan mengubah maksud asal ayat yang diberi.

2. Jangan mengubah struktur atau susunan ayat. Ayat yang dahulu mesti didahulukan.

3. Sambung ayat dengan menggunakan kata hubung.
Kata hubung : dan, tetapi, atau, maka, walaupun, oleh sebab….maka, walaupun ….namun dan lain- lain.

4. Perkataan yang sama tidak boleh disebut semula kecuali ‘atau’ digunakan.

5. Pastikan jumlah ayat yang hendak dibuat berdasarkan soalan yang diberi.

6. Ayat baru boleh dibuat jika sesuatu ayat mudah itu menceritakan perkara yang berlainan daripada perkara yang sebelumnya.

7. Nomborkan ayat majmuk yang telah dihasilkan.


CONTOH MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA AYAT MAJMUK :

1. Ah Boon pergi ke pasar raya. Ibu Ah Boon pergi ke pasar raya. Mereka membeli gula. Mereka membeli ikan.
Ayat majmuk :
Ah Boon dan ibunya pergi ke pasar raya untuk membeli gula dan ikan.

2. Hetty gemuk. Kakak Hetty kurus.
Ayat majmuk :
Hetty gemuk tetapi kakaknya kurus.

3. Kaum lelaki digalakkan melabur. Kaum perempuan digalakkan melabur juga.
Ayat majmuk :
a. Baik kaum lelaki mahupun perempuan, mereka digalakkan melabur.
b. Kaum lelaki atau kaum perempuan digalakkan melabur.

4. Dia malas belajar. Dia gagal dalam peperiksaan itu.
Ayat majmuk :
Oleh sebab malas maka dia gagal dalam peperiksaan itu.

5. Dia sangat kaya. Dia kedekut.
Ayat majmuk :
Walaupun kaya tetapi dia sangat kedekut.

No comments:

Post a Comment