Friday 2 December 2011

AYAT MAJMUK

1. Ayat Majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan beberapa ayat tunggal dengan menggunakan cara-cara tertentu.

2. Untuk membina ayat majmuk, kita akan menggunakan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.

3. Terdapat tiga jenis ayat majmuk iaitu :
a. Ayat Majmuk Gabungan
Dua ayat aatau lebih digabungkan dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, lalu dll.
contoh:  i . Saya makan kuih.
             ii. Dia makan kuih.
             =  Saya dan dia makan kuih.

b. Ayat Majmuk Pancangan
Ayat yang terdiri dari satu ayat induk dan beberapa ayat kecil yang dipancang menjadi satu ayat majmuk.
1) Ayat Majmuk Pancangan Relatif (yang)
contoh: i . Saya membeli baju.
            ii. Baju itu berwarna kuning.
           =  Saya membeli baju yang berwarna kuning.

2) Ayat Majmuk Pancangan Komplemen (bahawa)
contoh: i .Dia mengetahui (sesuatu)
            ii. Amira telah pergi.
           =  Dia mengetahui bahawa   Amira telah pergi.

3) Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
contoh: i . Saya tidak dapat hadir.
            ii. Saya kurang sihat.
           =  Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat.

c. Ayat Majmuk Campuran
Ayat yang terdiri lebih daripada satu jenis (banyak ayat majmuk).
contoh: Ali dan Abu masih memancing ikan, tetapi rakan-rakan mereka yang keletihan sudah lama tidur.


  • Murid - murid membina ayat majmuk berdasarkan gambar yang diberi.


Contoh:
1. Alias dan Badri sedang menggunakan komputer.
2. Mesin pencetak digunakan untuk mencetak maklumat.
3. Alif membeli komputer riba yang berwarna biru.


murid-murid sedang membina ayat majmuk

No comments:

Post a Comment